|
Satu fenomena gerhana matahari separa telah berlaku pada hari Jumaat 15 Januari 2009 bersamaan 29 Muharram 1431 H. Fasa-fasa gerhana matahari separa bagi Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM
Fasa Maksimum (29 % Matahari Tertutup):4:26 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Intitut Tanah dan Ukur Negara (Instun), Planetarium Negara, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Selangor telah menganjurkan Majlis Solat Sunat Gerhana Matahari (Solat sunat Kusuf) dan cerapan gerhana di empat masjid utama iaitu, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Putrajaya), Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur).
Lokasi utama Majlis Solat Sunat Gerhana Matahari dan Cerapan pada kali ini telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya sepertimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, tidak berlakunya gerhana kerana kematian atau kelahiran (kemunculan) seseorang, maka apabila berlakunya gerhana, hendaklah melakukan solat sunat gerhana dan berdoalah kepada Allah sehingga berakhirnya gerhana".
Masjid dan surau seluruh Malaysia juga adalah digalakkan untuk mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf) pada waktu kejadian fenomena gerhana matahari tersebut.
Simulasi gerhana matahari separa dari pandangan empat masjid utama tersebut dapat dilihat seperti di lampiran.
Kaifiat Solat Sunat Gerhana:
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat sunat gerhana dilaksanakan sebanyak 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 ruku’ dan 4 sujud.
Cara-cara solat adalah seperti berikut:
Rakaat pertama:
Takbir (niat solat sunat gerhana).
Bacaan al-Fatihah dan surah.
Ruku’.
Iktidal.
Bacaan al-Fatihah dan surah.
Ruku’.
Iktidal.
Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua:
Sama seperti rakaat pertama.
Disediakan oleh:
Cawangan Falak
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
|